Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin: Pecat anggota lembaga 1MDB

May 21, 2015 | 04:52 PM



PETALING JAYA: Ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya dipecat dengan segera, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua mereka, lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka! Mereka yang menjadi beban kepada perdana menteri ," katanya dalam satu majlis taklimat tertutup yang dipercayai di Institut Latihan Memperkasa Umno di Janda Baik minggu lalu.


Rakaman ucapan Muhyiddin yang dilakukan secara tertutup menjadi viral, di mana beliau mengkritik beban hutang terkumpul 1MDB.


Video tersebut dikongsi oleh sebuah blog dan dimuat naik di laman sosial YouTube. 


Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau bertanya kepada Najib bagaimana isu itu perlu diselesaikan kerana rakyat perlu ditunjukkan bahawa kerajaan mentadbir secara telus dan melihat skandal 1MDB dengan serius.


Beliau turut berkata, kenyataannya bukan bertujuan untuk menunjuk kehebatan dan bukan bermaksud dirinya membenci kepimpinan Najib atau menjatuhkan presiden parti.


"Namun isu dan masalah tersebut adalah masalah sebenar...Bagaimana dalam tempoh singkat, sebuah syarikat milik kerajaan menanggung beban liabiliti RM42 bilion?," soalnya.


"Kalau syarikat itu saya punya dan saya bangun pagi dilaporkan bahawa ada perkara luar biasa yang berlaku dan tidak semena-mena CEO pinjam RM10 bilion, tiap bulan saya kena bayar interest RM100 juta hingga RM200 juta... saya tidak terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban begitu, tetapi itu berlaku di Malaysia," kata Tan Sri Muhyiddin.


Turut kelihatan dalam majlis tersebut ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.


"Apa yang anda buat (dengan syarikat seperti itu)? Buang mereka! CEO ini buang! Dan panggil polis siasat!


"Ambil tindakan, jadi rakyat tengok, barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab. Ambil tindakan serius. Jika tidak buat begitu ini akan jadi beban yang membawa kita jatuh ke bawah," katanya lagi.


Sementara itu, kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Encik Arul Kanda Kandasamy, mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan dari cawangan Bank BSI di Singapura.


"Kenyataan ahli Yang Berhormat bahawa Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini. - mStar Online, Utusan Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >