Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin rancang satu lagi ceramah bagi bela diri

Dec 14, 2015 | 09:12 PM



PETALING JAYA: Suasana berdamai semasa penutup perhimpunan agung Umno mungkin tidak kekal lama kerana timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipercayai sedang merancang satu lagi ceramah politik bagi menyuarakan pandangan beliau.


Menurut satu sumber rapat dengan beliau, Tan Sri Muhyiddin telah bersedia untuk mempertahankan dirinya berhubung isu-isu yang dibangkitkan semasa perhimpunan agung.


Menurut sumber itu, beliau mahu menangkis apa yang dikatakan Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapan presiden dan juga semasa ucapan penggulungan.


Tan Sari Muhyiddin juga mahu memberi respons terhadap serangan dan kritikan oleh beberapa perwakilan yang berucap semasa perbahasan.


Tidak jelas pada masa ini apakah program baru itu akan diadakannya di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru atau di negeri beliau, Johor.


Beberapa hari sebelum perhimpunan agung itu, Tan Sri Muhyiddin, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal bergabung dalam satu acara di Kampung Baru untuk mengkritik cara Datuk Seri Najib mengendalikan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dasar-dasar lain kerajaan.


Ceramah seterusnya akan dibentangkan sebagai "ucapan penggulungan" yang beliau tidak dibenarkan buat semasa perhimpunan agung itu.


"Beliau berasa beliau perlu menjawab tuduhan mengenai kepimpinan dan prestasi beliau sebagai No. 2 parti," kata sumber itu.


Datuk Seri Najib menghulurkan tangan damai kepada Tan Sri Muhyiddin pada hari terakhir perhimpunan agung apabila beliau mengisytiharkan beliau ingin berhati mulia mengenai apa yang telah berlaku.


Tetapi Tan Sri Muhyiddin, berdasarkan bahasa badannya, kelihatan tidak tersentuh. Mereka berjabat tangan tetapi tidak berpelukan, walaupun beberapa perwakilan menyeru mereka supaya melakukannya.


Orang-orang yang berdiri berdekatan perasan bahawa kedua-duanya tidak bersunguh-sungguh dalam berjabat tangan - hanya hujung jari mereka bersentuhan.


Tan Sri Muhyiddin nampaknya tidak menerima pelawaan Datuk Seri Najib untuk berdamai.


Beliau mungkin mengundang tindakan disiplin jika bertindak mengetengahkan rasa tidak puas hatinya ke khalayak ramai.


Tan Sri Muhyiddin hampir dipecat semasa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada malam Rabu lalu apabila salah seorang ahli majlis tertinggi menyenaraikan "lapan sebab" timbalan presiden itu harus dipecat.


Bagaimanapun, Datuk Seri Najib enggan bertindak terhadap timbalannya dan dengan cepat menamatkan mesyuarat itu, walaupun beberapa orang lain masih mahu bercakap. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >