PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden Umno, semalam (9 Sep) menolak desas-desus bahawa timbalan presiden Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal akan dibuang daripada parti itu sebagai spekulasi semata-mata.
Datuk Seri Najib memberitahu pemberita Tan Sri Muhyiddin mengulangi komitmen dan kesetiaannya kepada Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.