ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar), kekurangan dua undi untuk kekal mentadbir negeri itu selepas dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengambil keputusan berkecuali semasa menghadap Jemaah Pemangku Diraja Kedah baru-baru ini.
Sumber memberitahu Malaysian Insider semalam, pihak Istana Kedah memaklumkan kepada Datuk Mukhriz selepas selesai majlis menghadap bahawa beliau hanya memperoleh 16 sokongan Adun, sementara kumpulan penentang memiliki 17 Adun dengan menolak dua Adun yang berkecuali.