KUALA LUMPUR: Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan berucap di perasmian bersama perhimpunan tiga sayap parti itu, dek langkah pemimpin parti tersebut mengubah amalan itu.
Keputusan tersebut diumum presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada Selasa (24 Nov), sedang Tan Sri Muhyiddin, pengkritik Perdana Menteri Malaysia itu, dilaporkan masih berada di luar negara.