Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mursi dikenakan tuduhan keempat

Jan 20, 2014 | 05:18 PM



KAHIRAH: Bekas presiden Mesir yang diguling, Encik Mohamed Mursi, bersama 24 lagi termasuk para aktivis yang menentang beliau dan presiden terdahulu, Encik Hosni Mubarak, akan didakwa atas tuduhan memberi komen yang menghina kehakiman kepada media dan laman dalam talian, lapor media tempatan, Mena, dan sumber-sumber badan kehakiman negara semalam.


Buat masa kini, belum jelas sama ada kesemua 25 mereka akan dibicarakan bersama.


Tuduhan terbaru ini bererti Encik Mursi kini berdepan dengan empat tindakan undang-undang sejak beliau diguling tentera pada Julai lalu.


Encik Mohamed Mursi, presiden awam pertama Mesir yang dipilih secara bebas, kini sedang dibicarakan atas tuduhan menghasut pembunuhan pembantah pembangkang di luar istana presiden pada Disember 2012.


Perbicaraan keduanya berkenaan insiden lepas lari dari penjara semasa pemberontakan 2011 dijadual bermula pada 28 Januari ini, manakala tarikh permulaan perbicaraan ketiga, bagi tuduhan berkaitan pengintipan, belum ditetapkan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >