Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Musa Hitam: Pilihan raya akan diadakan 'tidak lama lagi'

Aug 11, 2016 | 08:05 AM



KUALA LUMPUR: Mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Tun Musa Hitam, berkata pembangkang perlu cepat bersatu memandangkan pilihan raya umum, yang harus diadakan pada 2018, akan diadakan "tidak lama lagi".



Pilihan raya akan diadakan sebelum parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad boleh bertapak dalam masyarakat, katanya pada majlis pelancaran bukunya, Frankly Speaking (Bercakap Terus Terang), lapor laman berita Malaysiakini.



Tun Musa, 82 tahun, timbalan perdana menteri di bawah Tun Dr Mahathir antara 1981 dan 1986.



"Saya ingin memberitahu anda bahawa saya fikir BN (Barisan Nasional) akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi. Jika benar, cabaran terbesar bagi mereka yang menentang kerajaan ialah bersatu dan menjadi kuasa padu," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku itu.



Seorang lagi mantan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara rasmi memohon pada Selasa (9 Ogos) untuk mendaftar sebuah parti baru yang akan dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.



Tun Musa berkata pembangkang bukan perlu bersatu dengan cepat sahaja, malah bersetuju mengenai pembahagian kerusi.



"Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Pada kebanyakan masa pada masa lalu, ini tidak pernah berlaku," katanya.



Beliau bersetuju dengan kebimbangan bahawa Malaysia "sedang merosot", dan berkata kerajaan perlu menangani skandal kewangan dan tembakan di jalan raya, lapor Malaysiakini.



Tun Musa berkata: "Saya rasa negara ini sedang merosot. Kelajuannya perlahan, tetapi ia boleh berkembang menjadi gelongsoran pantas."



Beliau berkata beberapa orang melihat membuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai salah satu cara menyelesaikan dilema semasa Malaysia.



"Saya tidak mengatakannya. Mungkin ia benar, tetapi anda perlu melalui prosesnya," kata beliau.



Kerajaan perlu membenarkan orang ramai menyatakan pandangan mereka secara terbuka, ujarnya.



Apabila ditanya apakah beliau akan menyertai perhimpunan jalanan Bersih 5.0 akan datang, Tun Musa enggan jawab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >