Musim haji tahun ini paling berjaya

MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah menggambarkan musim haji tahun ini sebagai yang paling berjaya sejauh ini.

"Musim haji 1435 merupakan kejayaan besar," kata Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah, kepada portal berita Arab News hari ini.

Kenyataan Putera Mishaal itu dibuat sedang Arab Saudi juga mengisytiharkan musim haji tahun ini bebas daripada wabak penyakit dan kuarantin, dengan semua jemaah sihat dan dalam keadaan baik.

Saudi Press Agency melaporkan pemangku Menteri Kesihatan Arab Saudi, Encik Adel Mohammed Faqih, membuat pengisytiharan itu dalam satu sidang akhbar di hospital kecemasan Mina dekat sini semalam.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.