Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN DI SEPANYOL

Muslim di Barcelona bersatu tentang pengganasan

Aug 22, 2017 | 05:30 AM



BARCELONA: Puluhan warga Muslim di Barcelona memenuhi jalan raya Las Ramblas bagi mengadakan bantahan ke atas serangan pengganas baru-baru ini di Catalonia.



Mereka membawa sepanduk dan poster secara damai bagi melahirkan rasa marah terhadap serangan rempuhan kereta yang membunuh 14 orang.



Poster itu antara lain tertera ayat 'Islam itu damai!' dan 'Tidak atas nama kami'.



Mereka berkumpul Sabtu lalu dan kelmarin di Ramblas, bagi mengisytiharkan penolakan mereka terhadap tindakan pengganas.



"Mereka bukan Islam, mereka pengganas, Islam aman," kata mereka.



Mereka mengatakan perbuatan pengganasan di Barcelona telah menyakiti perasaan umat Islam dan masyarakat Sepanyol.



Encik Marzouk Rouj, seorang pekerja binaan Maghribi, berkata pengganas itu adalah orang-orang yang tidak bertamadun.



"Saya telah tinggal di sini lebih lama daripada saya tinggal di negara asal saya, anak-anak saya sedang bersekolah di sini dan saya tidak mahu orang melihat mereka secara negatif kerana pengganas yang tidak bertamadun ini,'' ujar Encik Rouj, yang berhijrah ke Sepanyol dari Nador di Maghribi pada usia 16 tahun.



"Akhirnya, umat Islam sendiri yang menjadi korban, kematian dan menghadapi tekanan sosial," kata Cik Xantal Genovart, naib presiden Persatuan Wanita Muslim Catalan.



Umat Islam membentuk 25 peratus daripada 1.9 juta penduduk Catalonia.



Presiden Persekutuan Entiti Agama Islam Sepanyol, Encik Mounir Benjelloun, masih optimis dan percaya Sepanyol dapat mengatasi masalah itu dan percaya kumpulan pengganas itu tidak mewakili majoriti umat Islam di Barcelona.



Tanda-tanda optimistis itu turut di lihat di Las Ramblas apabila ribuan pelancong dan warga Sepanyol kembali menjalani kehidupan seperti biasa - menentang pengganasan.



Mereka membanjiri pasar, kedai, kafe dan pusat beli-belah dengan berjalan-jalan, membeli cenderahati dan berehat di kafe.



Seorang pelancong dari Australia, Encik Michael Ron, berkata: "Warga Australia tahu bagaimana rasanya apabila diserang pengganas.



"Hari ini saya keluar ke tempat yang sering dikunjungi pelancong Las Ramblas bagi menzahirkan usaha kami bahawa kami tidak takut dengan pengganas.



"Kami kuat menghadapi kehidupan ini,'' ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >