Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mutu air Sg Johor merosot, pakar gesa perlindungan lebih baik

Nov 18, 2017 | 03:26 PM



Sungai Johor, sumber air tawar penting bagi Malaysia dan Singapura, perlu dilindungi kerana mutu  airnya semakin merosot, menurut seorang pakar.



Penyelidik di Perikatan Penyelidikan Air UTM, Profesor Zulkifli Yusof, berkata sungai sepanjang 2,636 kilometer itu mudah dicemari oleh kotoran, aktiviti pertanian, perlombongan dan pengambilan pasir.



"Tahun ini sahaja, terdapat dua kes pencemaran besar yang mengakibatkan bekalan air kepada puluhan ribu orang terputus.



"Sungai ini bukan sahaja membekalkan air dalam negeri, malah  250 juta gelen ke Singapura setiap hari," kata Prof Zulkifli dalam temu bual dengan The Star yang dipetik akhbar The Straits Times.



Beliau berkata ia juga tepat pada masanya bagi kerajaan negeri meninjau pengurusan sungai bersepadu bagi Sungai Johor.



"Ini akan menyediakan wadah lebih baik untuk mengurus sungai dan ekosistemnya,  termasuk mengehadkan pencemaran mengikut keupayaan sungai," kata Prof Zulkifli sambil menambah penyelidikan lengkap boleh mengambil masa dua tahun.



"Kebimbangan saya ialah dengan musim hujan ketika ini, lebih banyak takungan daripada kilang minyak kelapa sawit mungkin melimpah dan menyebabkan pencemaran di sepanjang sungai Johor," katanya.



Bulan lalu, lebih sejuta pengguna di Johor Baru tidak mendapat air selepas Sungai Johor tercemar akibat ammonia daripada kilang baja.



Prof Zulkifli menyarankan supaya kerajaan negeri memberi lebih banyak kuasa kepada Badan Kawal Air Negeri (Bakaj) termasuk menaik taraf menjadi penguasa dengan  lebih banyak tenaga kerja.



Beliau menambah bahawa Johor perlu menggunakan prinsip "pencemar kena bayar" untuk memastikan mereka yang mencemar sumber air dikenakan denda berat.



Wang yang dikumpul kemudian boleh digunakan bagi usaha pembersihan dan pemuliharaan, kata beliau lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >