Muzium: Penduduk pertama London kacukan pelbagai kaum

LONDON: Satu analisis DNA daripada empat rangka orang Rom purba yang ditemui di London menunjukkan penduduk pertama bandar itu kacukan pelbagai etnik, sama seperti London sekarang, kata Muzium London pada Isnin (23 Nov).

Dua daripada rangka itu adalah daripada orang lahir di luar Britain- seorang lelaki yang dikaitkan secara genealogi dengan Eropah Timur dan Timur Dekat, dan seorang gadis remaja bermata mata biru dari utara Afrika.

Kecederaan di tengkorak lelaki itu menunjukkan dia mungkin telah terbunuh dalam sebuah amfiteater di bandar ini sebelum kepalanya dibuang ke dalam sebuah lubang terbuka.

Lelaki dan gadis itu menghidap penyakit periodontal, sejenis penyakit gusi.

Dua lagi rangka dipercayai daripada orang yang dilahirkan di Britain - seorang wanita dengan keturunan ibu dari utara Eropah dan seorang lelaki yang juga ada kaitan melalui melalui ibunya dengan Eropah atau Afrika Utara.

Gigi dari setiap tengkorak itu juga dihantar ke Universiti McMaster di Canada untuk analisis DNA yang menetapkan rambut dan warna mata setiap individu itu dan mengenal pasti penyakit yang mereka alami.

Orang Rom mengasaskan ibu kota Britain itu pada pertengahan abad pertama Masihi, di bawah Maharaja Claudius.

Sebuah pameran empat rangka itu dibuka mulai Jumaat (Nov 27). - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.