Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar, Bangladesh akur kerjasama hantar balik pelarian Rohingya

Oct 25, 2017 | 01:50 PM



NAYPYITAW:  Myanmar dan Bangladesh  bersetuju semalam untuk  bekerjasama menghantar balik pelarian Rohingya dan mengambil langkah bagi  mempertingkat keselamatan sempadan, sedang hubungan antara dua negara jiran itu semakin tegang ekoran  pelarian kaum minoriti Muslim itu bertali arus memasuki Bangladesh.



Lebih  600,000 orang Rohingya dari wilayah utara Rakhine telah melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu, apabila pasukan keselamatan Myanmar mencetuskan kempen ketenteraan teruk terhadap kampung Rohingya.



Semasa satu mesyuarat di ibu kota Myanmar, Naypyitaw, yang dihadiri menteri dalam negeri Myanmar, Leftenan Jeneral Kyaw Swe, dan rakan sejawatannya dari Bangladesh, Encik Asaduzzaman Khan, dua  negara itu menandatangani dua persetujuan  merangkumi kerjasama keselamatan dan sempadan.



Dua  pihak itu juga  bersetuju “menghentikan kemasukan penduduk Myanmar ke Bangladesh” dan “membentuk sebuah   kumpulan kerja bersama”, kata Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri Myanmar, Encik Tin Myint, kepada media selepas mesyuarat itu. – Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >