Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar tahan hampir 150 Rohingya sedang mereka cuba larikan diri

Aug 16, 2023 | 12:55 PM



YANGON: Pihak berkuasa Myanmar telah menahan hampir 150 orang Rohingya yang disyaki cuba melarikan diri dari negara itu, kata seorang pegawai pada Selasa.


Orang Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam, dilihat di Myanmar sebagai pendatang dari Bangladesh. Mereka dinafikan kewarganegaraan dan memerlukan kebenaran untuk melakukan perjalanan.

Tentera Myanmar melancarkan tindakan keras ke atas Rohingya pada 2017, dan ribuan anggota masyarakat itu kini mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun melakukan perjalanan berbahaya dari kem di Bangladesh dan Myanmar untuk berlayar ke Malaysia dan Indonesia yang majoritinya Muslim.

Seramai 127 lelaki Rohingya dan 18 wanita ditahan pada Jumaat lalu berhampiran perkampungan Waekhami di selatan wilayah Mon.

“Mereka telah ditahan sejak itu dan dalam siasatan mengikut undang-undang imigresen,” kata jurucakap Majlis Pentadbiran Wilayah Mon kepada AFP.


Myanmar berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan tindakan keras pada 2017, yang menyebabkan ratusan ribu orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Minggu lalu, sebuah bot yang membawa kira-kira 50 orang Rohingya pecah di perairan di luar pantai Myanmar. Pasukan penyelamat telah menemui 17 mayat, tetapi selebihnya masih hilang.

Bangladesh dan Myanmar telah membincangkan usaha untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya, walaupun seorang utusan kanan Amerika Syarikat berkata pada Julai bahawa keadaan didapati tidak selamat untuk mereka kembali.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak pemerintah awam pimpinan Cik Aung San Suu Kyi digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 – menamatkan tempoh demokrasinya yang singkat. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >