Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas 4 warga S'pura maut di PD: Pemandu lori mengaku tidak salah

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



PORT DICKSON: Seorang pemandu lori berusia 54 tahun mengaku tidak bersalah kelmarin terhadap empat tuduhan menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai atau berbahaya, kelmarin.



P. Mani meminta dibicarakan di mahkamah majistret di sini kerana mengakibatkan kematian empat anggota sebuah keluarga Singapura dalam kemalangan jalan raya di Lukut, Negeri Sembilan, pada Januari lalu.



Dia dituduh menyebabkan kematian pasangan suami isteri Allahyarham Rosli Samad, 53 tahun; dan Allahyarhamha Maimunah Sapari, 50 tahun; dan dua anak mereka, Allahyarhamha Nur Amalina, 20 tahun, dan Allahyarhamha Dayana Sarah, 17 tahun.



Mani didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Sepang-Lukut pada 2.30 petang 3 Januari lalu.



Keluarga itu dalam perjalanan ke Port Dickson untuk bercuti dan melewati Lukut apabila tragedi melanda.



Mereka sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat dan hendak bergerak ke Port Dickson apabila sebuah lori dari arah Sepang merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka.



Siasatan awal polis mendedahkan bahawa lori itu bergerak menurun apabila pemandunya kelihatan hilang kawalan.



Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir dua jam untuk melepaskan mangsa dari bangkai kenderaan mereka.



Kren juga terpaksa digunakan untuk mengangkat lori tersebut dari MPV yang remuk itu.



Mani boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan denda RM5,000 ($1,679) hingga RM20,000 bagi setiap pertuduhan.



Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan ikat jamin RM32,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 16 April.



Beliau mengarahkan lesen memandu Mani, yang tidak diwakili, digantung. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >