Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas libat Japan Airlines, pesawat pengawal pantai: 5 maut

Jan 02, 2024 | 06:54 PM



TOKYO: Seramai lima orang telah terbunuh setelah sebuah pesawat pengawal pantai yang mereka naiki dipercayai berlanggar dengan sebuah pesawat Japan Airlines pada 2 Januari.


Sementara itu, seorang lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut laporan media tempatan NHK.


Syarikat penerbangan Japan Airlines pula berkata kesemua 379 penumpang dan kakitangan telah selamat dipindahkan sebelum api mula merebak.

Dalam kenyataannya, Pengawal Pantai Jepun berkata enam orang yang berada dalam pesawatnya sedang bersiap untuk membuat penerbangan ke Niigata bagi bantuan gempa bumi yang menyaksikan seramai 48 orang terkorban.

Rakaman daripada kejadian yang berlaku di lapangan terbang Haneda di Tokyo menunjukkan api tiba-tiba merebak pada kapal terbang jenis Airbus A350 Japan Airlines sebelum ia tergelincir di landasan.

Rakaman susulan menunjukkan pegawai bomba lapangan terbang bergegas untuk memadamkan api berkenaan.

“Saya merasakan ledakan seperti kami telah melanggar sesuatu sebaik kami mendarat,” kata seorang penumpang dalam penerbangan JAL memberitahu agensi berita Kyodo.


“Saya kemudian melihat percikan api dari luar tingkap dan kemudian kabin mula dipenuhi dengan gas dan asap.”


Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, telah mengarahkan pihak agensi berkaitan supaya menyelaras usaha menilai kerosakan dengan pantas dan memberikan maklumat terkini kepada orang ramai, menurut pejabatnya.

Pesawat nombor JL516 itu telah mendarat di Haneda pada 5.47 petang dari Hokkaido, menurut maklumat laman jejak penerbangan, Flightradar24.

Kesemua landasan di lapangan terbang Haneda telah ditutup, kata seorang jurucakap lapangan terbang itu. – Reuters, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >