Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas LRT M'sia: Enam penumpang kritikal, siasatan awal temui silap manusia

May 26, 2021 | 5:30 AM
DIBERI BANTUAN: Sebilangan penumpang sedang dibaringkan di atas tandu (gambar) di stesen KLCC selepas diberi rawatan dan menanti untuk dibawa ke beberapa hospital berdekatan. Dilaporkan seramai 213 orang cedera, 47 daripadanya parah. - Foto EPA-EFE
DIBERI BANTUAN: Sebilangan penumpang sedang dibaringkan di atas tandu (gambar) di stesen KLCC selepas diberi rawatan dan menanti untuk dibawa ke beberapa hospital berdekatan. Dilaporkan seramai 213 orang cedera, 47 daripadanya parah. - Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Enam orang kini berada dalam keadaan kritikal menyusuli kemalangan yang melibatkan dua tren LRT yang bertembung di laluan Kelana Jaya malam kelmarin.

Ini sedang satu siasatan awal mendapati bahawa kecuaian manusia telah menyebabkan pelanggaran dua tren itu sehingga menyebabkan puluhan mangsa dikejarkan ke hospital.

"Ia disebabkan oleh kecuaian orang yang memandu kereta api ke arah yang salah," kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dalam satu sidang media maya semalam.

Beliau menambah, enam orang yang berada dalam kritikal itu merupakan antara 65 mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Lagi 15 mangsa pula berada dalam keadaan separuh kritikal.

Datuk Wee turut memaklumkan bantuan khas sebanyak RM1,000 ($320) akan diberikan kepada 213 mangsa yang terbabit kemalangan itu. Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya juga akan menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.

Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Malaysia.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg