Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas MH17: Badan risik Amerika ada bukti Rusia terbabit

Jul 21, 2014 | 03:09 PM



SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat John Kerry berkata ada bukti yang menunjukkan penglibatan Rusia dalam nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine.


Walaupun beliau tidak menyalahi pihak Rusia secara langsung, Encik Kerry telah mengemukakan tuduhan yang terperinci setakat ini, berdasarkan penilaian terbaru badan perisik negara itu bahawa Russia menyediakan para pemberontak pro-Moskow dengan sistem anti-pesawat canggih.


Namun, Moskow menafikan penglibatannya dan menuduh tentera Ukraine menyebabkan nahas tersebut.


Dalam satu penilaian perisikan yang disiarkan hujung minggu lalu di laman web kedutaan Amerika di Kiev, Amerika menyatakan ia telah mengesan semakin banyak "senjata berat" menyeberangi sempadan dari Rusia ke Ukraine.


"Kami juga mempunyai maklumat yang menunjukkan Rusia telah memberikan latihan kepada pejuang pemisah di kemudahan yang terletak di barat daya Rusia, dan usaha ini termasuk memberikan latihan mengenai sistem pertahanan udara," kata laporan tersebut.


Laporan itu juga menambah pada masa pesawat MH17 terputus hubungan, pelancaran peluru berpandu darat-ke-udara dari kawasan tenggara Ukraine, yang dikawal pihak pemisah, telah dikesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >