Nahas MH17: Bukan tugas ICAO beri amaran konflik tentera

OTTAWA: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menegaskan hari ini bahawa bukan tugas agensi itu mengeluarkan amaran mengenai ancaman bahaya seperti konflik tentera kepada syarikat penerbangan.

Sebaliknya ICAO yang di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia sebaliknya adalah tanggungjawab yang dipikul setiap negara.

Peranan ICAO menjadi kritikan hebat selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine, kelmarin, yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.

ICAO yang berpusat di Montreal, Kanada menolak tanggapan bahawa agensi itu sepatutnya mengeluarkan amaran mengenai bahaya kepada syarikat penerbangan sekiranya pesawat terbang di kawasan terbabit. - BHM

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.