Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas pendaratan pesawat di Dubai dek isu operasi: Emirates

Aug 04, 2016 | 12:21 PM



DUBAI: Punca kemalangan pendaratan sebuah pesawat Emirates di lapangan terbang Dubai pada Rabu (3 Ogos), yang mencetuskan api besar, ialah operasi dan tidak dikaitkan dengan sembarangan pelanggaran keselamatan, kata pengerusi syarikat penerbangan itu.



Encik Sheikh Ahmed bin Saeed al-Maktoum memberitahu pemberita juruterbangnya mungkin cuba melakukan apa yang dipanggil sebagai "go-around", iaitu membatalkan pendaratan bagi mengelakkan ricih angin, tetapi ini belum disahkan.



Ricih angin berlaku apabila arah angin berubah secara tiba-tiba dan ia boleh menjadi teruk hingga menyebabkan pesawat kehilangan daya naik dan menjunam.



Lapangan terbang Dubai mengeluarkan amaran ricih angin bagi semua landasan sebelum kemalangan itu, menurut laman web AviationSafetyNetwork.



Pengerusi Emirates berkata syarikat penerbangan itu sentiasa mengikuti piawaian antarabangsa dan sangat keras dalam melaksana peraturan keselamatan dan penyenggaraan.



Beliau berkata pesawat itu, yang memulakan perkhidmatan pada 2003, menjalani penyenggaran pada 2015 dan juruterbangnya mempunyai lebih 7,000 jam pengalaman terbang.



Pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan pendaratan itu, yang membunuh seorang anggota bomba dan mencederakan 14 yang lain, sebahagian besar mereka mengalami kecederaan ringan atau sederhana.



Pesawat tersebut, yang tiba dari India, terbakar selepas tergelincir dari landasan, membuat operasi lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di dunia itu terhenti beberapa jam.



Semua 300 penumpang dan anak kapal selamat dipindahkan dari pesawat Boeing 777-300 itu selepas kemalangan tersebut. - Reuters, Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >