Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahdlatul Ulama, Muhammadiyah kecam tindakan serbu acara sembahyang gereja

Dec 09, 2016 | 09:17 AM



JAKARTA: Pertubuhan Islam terbesar Indonesia berikrar akan membantu melindungi orang Kristian di seluruh negara menjelang Krismas, berikutan insiden Muslim tegar menyerbu sebuah acara sembahyang gereja di dewan awam di Bandung dan memaksa ia dibatalkan.



Kejadian itu berlaku pada Selasa (6 Dis) di tengah-tengah ketegangan agama yang disebabkan oleh bantahan besar-besaran baru-baru ini di Jakarta berkaitan kes menghina Islam yang dituduh terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama.



Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah, dua pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, mengecam serbuan yang memaksa Gereja Reformed Injili Indonesia membatalkan acara sembahyang Krismas di Sasana Budaya Ganesha (Sabuga), sebuah auditorium popular di Bandung.



Serbuan itu dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka daripada kumpulan Pembela Ahlu Sunnah (PAS) dan acara sembahyang itu "tidak sah" kerana diadakan di bangunan awam.



NU membidas PAS bagi tindakan kejam itu dan mengesa pemerintah "membubarkan pertubuhan anti-pluralis seperti itu".



NU berkata sayap pemudanya, Barisan Ansor Serbaguna (Banser), di seluruh negara akan membantu memastikan orang Kristian boleh membuat persiapan dan menyambut Krismas dalam aman.



"Ahli Banser akan berada di barisan depan untuk melindungi masyarakat Kristian semasa menjalankan acara sembahyang dan kegiatan menjelang Krismas. Ini atas nama toleransi," kata timbalan setiausaha agung NU, Encik Imam Pituduh, pada Rabu (7 Dis).



Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia, berkata ia akan meningkatkan dialog antara agama.



Pengerusi Pemuda Muhammadiyah, Encik Dahnil Simanjuntak, berkata kumpulan tegar digalak mengambil bahagian dalam dialog itu.



"Mereka hanya beberapa (kumpulan). Terdapat banyak lagi orang Islam yang lebih bertolak ansur di luar sana," ujar beliau.



Polis Nasional Indonesia berkata 155,000 pegawai polis akan ditempatkan di seluruh negara dari 23 Disember hingga 2 Januari depan sebagai langkah keselamatan.



Datuk Bandar Bandung, Encik Ridwan Kamil, berkata acara sembahyang gereja itu sah dari segi undang-undang.



Pengerusi kumpulan pemikir Institut Setara, Encik Hendardi, menggesa pihak berkuasa membawa pelaku serbuan itu ke muka pengadilan.



"Jika tidak, kejadian sama boleh berlaku menjelang Krismas," katanya.



Jawatankuasa gereja yang menganjurkan acara sembahyang itu berkata dalam satu kenyataan ia menyesali gangguan tersebut "dan bahawa polis gagal melindungi maruah negara dan Perlembagaan". - The Jakarta Post/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >