Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahdlatul Ulama perangi ISIS dengan sebar dalam talian mesej Islam sederhana

May 09, 2016 | 10:44 AM



JAKARTA: Sekumpulan "pahlawan siber" Indonesia duduk terpaku pada skrin sedang mereka menghantar mesej menggalak satu bentuk Islam sederhana di negara majoriti Muslim paling besar di dunia itu.



Berbekal komputer riba dan telefon pintar, kira-kira 500 ahli Nahdlatul Ulama (NU), antara pertubuhan Islam terbesar di dunia, sedang mencari jalan untuk menangani mesej pelampau kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



"Kami tidak akan membiarkan Islam dirampas oleh orang bodoh yang menerima kebencian dalam hati mereka," tweet Encik Syafi Ali, seorang ahli terkemuka tentera dalam talian NU, dalam mesej khas kepada ribuan pengikutnya.



Mereka cuba melawan operasi Internet canggih ISIS, yang telah menarik jumlah besar orang dari seluruh dunia supaya menerima matlamatnnya.



Propaganda Internet dipercayai memainkan peranan penting dalam menarik kira-kira 500 warga Indonesia, terutamanya yang tinggal di bandar di mana lebih mudah mendapatkan talian, pergi ke Timur Tengah untuk menyertai ISIS.



Ahli NU juga telah berusaha menguasai ruang siber dengan menubuhkan laman web yang mempromosikan pandangan sederhana kumpulan itu, sebuah aplikasi Android dan saluran TV berasaskan web, yang siarannya termasuk khutbah oleh pendakwah sederhana.



Inisiatif itu mula meningkat beberapa bulan lalu. Segelintir pahlawan siber beroperasi dari sebuah pejabat kecil di Jakarta, manakala selebihnya bekerja dari jauh. Kumpulan itu kebanyakannya berkomunikasi dengan satu sama lain melalui Web.



Tetapi perjuangan itu sukar dan NU, yang menggalak Islam sederhana selama beberapa dekad, mengakui sebelum ini ia mendapati sukar melawan mesej ISIS yang penuh kebencian.



"Beberapa ketika, NU menghadapi sukar melawan propaganda radikal ini," kata Encik Yahya Cholil Staquf, setiausaha agung NU, yang mendakwa mempunyai sekurang-kurangnya 40 juta pengikut.



"Setiap kali kami mengalahkan mereka, tidak lama kemudian mereka mendapatkan semula kekuatan mereka."



Usaha dalam talian itu datang sedang NU bersiap bagi membawa kempen mereka menggalak toleransi Islam ke peringkat antarabangsa minggu ini, dengan pertermuan dua hari para pemimpin agama sederhana dari seluruh dunia, bermula pada Isnin (9 Mei).



Mereka berharap menunjukkan bentuk Islam mereka, yang dikenali sebagai "Islam Nusantara", untuk menentang tafsiran radikal ISIS.



Namun, pahlawan siber NU kelihatan amatur berbanding ISIS, yang mempunyai operasi dalam talian canggih, menggunakan media sosial, aplikasi dan video yang dihasilkan dengan licik.



Mereka menghantar kira-kira 200,000 tweets sehari ke Amerika Syarikat sahaja, menurut para pegawai Amerika.



ISIS juga mempunyai agensi beritanya sendiri, Amaq, yang sering menjadi yang pertama melaporkan bahawa kumpulan pengganas itu mengaku bertanggungjawab bagi sesuatu serangan.



Kebanyakan tentera dalam talian NU adalah sukarelawan, yang sering menggunakan wang mereka sendiri untuk menampung kos.



"ISIS ada minyak, manakala satu-satunya minyak yang kami ada ialah minyak rambut," ujar Encik Ali, sambil menjelaskan permulaan projek itu tertangguh lebih setahun kerana masalah pembiayaan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >