Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib bidas Mahathir duduk semeja dengan orang yang pernah gelarnya 'maha zalim'

Mar 16, 2016 | 03:12 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "duduk semeja" dengan orang yang pernah menyelar beliau sebagai "maha zalim" dan "mahafiraun".



Beliau menarik perhatian bahawa Dr Mahathir sendiri mendapat tentangan kuat semasa kepimpinan beliau.



"Saya tahu ia berlaku dan ada banyak perkara yang diperkatakan jug tentang Tun Mahathir semasa tempoh beliau.



"Beliau digelar sebagai 'maha zalim, mahafiraun' dan kini mereka duduk bersama-sama di atas meja yang sama," kata Datuk Seri Najib di Parlimen.



Datuk Seri Najib berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mengenai cara beliau menghadapi tekanan kempen menentangnya.



Dr Mahathir baru-baru ini memulakan 'Perisytiharan Rakyat' bagi menurunkan Datuk Seri Najib. Antara yang menandatangani perisytiharan itu ialah kepimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang, pengkritik kuat Dr Mahathir.



Datuk Seri Najib berkata beliau tidak akan terganggu oleh serangan ke atasnya.



"Kami masih fokus dan walaupun diserang, kami komited untuk melaksana rancangan kami.



"Rancangan kami ialah memastikan rancangan kami berkesan dan meletak negara dalam kedudukan mantap di peringkat antarabangsa.



"Saya percaya jika kita kekal konsisten, rakyat akan menghargai usaha kita," ujarnya.



Ia disusuli oleh satu soalan daripada AP Petaling Jaya Utara, Encik Tony Pua, yang meminta penjelasan mengenai syarikat pelaburan kerajaan 1MBD dan derma RM2.6 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib.



Speaker Tan Sri Pandikar Aman Mulia berkata soalan itu tidak akan dibenarkan, tetapi menambah bahawa "terpulang pada anda bagaimanapun jika anda mahu menjawab soalan ini Yang Dipertua Pekan (Datuk Seri Najib).



Datuk Seri Najib menjawab dengan berkata beliau tahu terdapat ramai yang menunggu untuk peluang melancarkan serangan itu.



"Bagi kami yang penting ialah pencapaian kami. Matlamat kami ialah mendapatkan pelabur datang ke negara kita dan kita sedang melakukan ini dengan baik.



"Pembangunan ekonomi kita antara yang terbesar di dunia, jadi saya percaya isu-isu yang dipaparkan oleh orang lain ibni kelihatan agak dirancang," katanya.



Datuk Seri Najib menambah bahawa beliau akan membiarkan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menjalankan siasatan dan membuat keputusannya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >