Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib bina menara lebih tinggi daripada Menara Kembar idea Mahathir

Apr 27, 2016 | 03:07 PM



KUALA LUMPUR: Persaingan politik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melonjak lebih tinggi.



Semasa menjadi perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir membina dua menara setinggi 88 tingkat, tertinggi di dunia apabila ia siap pada 1998.



Sekarang Datuk Seri Najib meningkatkan persaingan itu dengan pembinaan sebuah bangunan setinggi 118 tingkat hanya empat kilometer dari dua menara tersebut dan bakal menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara apabila siap pada 2020.



Projek RM5 bilion ($1.7 bilion) itu sedang dibina oleh dana ekuiti negara Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia setinggi 630m, berbanding Menara Kembar Petronas Dr Mahathir yang setinggi 452m.





Projek baru itu terletak di sebelah Stadium Merdeka yang bersejarah, di mana kemerdekaan Malaysia daripada Britain diumumkan pada 31 Ogos 1957.



Oleh itu, menara tersebut akan mempunyai "merdeka" sebagai sebahagian daripada namanya.



Menara Merdeka PNB118 itu dilancarkan bulan lalu oleh Datuk Seri Najib, yang menafikan beliau sedang berlumba-lumba dengan Dr Mahathir, yang pernah menjadi mentornya.



"Apa yang telah dilakukan Tun Mahathir adalah terpuji, apa yang perlu kita lakukan ialah membina di atas kejayaan beliau dan maju terus," katanya.



Seperti Menara Kembar Petronas apabila ia diumum, menara baru itu mendapat kritikan. Ada pihak bimbang tentang lebihan ruang pejabat dan komersial pada tahun-tahun akan datang, manakala yang lain mempersoal lokasinya di bahagian Kuala Lumpur yang bersejarah dan sesak.



Ia dibina disebelah Chinatown, atau Petaling Street, di mana tiga stadium lama - Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Chin Woo - terletak.



Bank Negara Malaysia turut berkata ruang pejabat yang bakal disediakan oleh menara itu boleh memburukkan lagi keadaan lebihan penawaran ruang pejabat.



Namun, seorang ahli ekonomi, Datuk Jalilah Baba, lebih yakin dan memberitahu akhbar The Straits Times keadaan ekonomi global boleh bertambah baik dan permintaan boleh pulih apabila Merdeka PNB118 siap.



Presiden gabungan Persatuan Pertahan Warisan Kita, Encik Ishak Surin, percaya menara futuristik itu akan menghakis sejarah dan seharusnya dibina di lokasi lebih sesuai.



"Kawasan itu kaya dengan sejarah, dengan bangunan baru itu, sejarah tempat itu akan hilang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >