Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib buat permohonan cabar keputusan tidak benar beliau hadir sidang Parlimen

Oct 06, 2022 | 03:31 PM



KUALA LUMPUR: Encik Najib Tun Razak pada Rabu (5 Okt) memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu.


Encik Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 tengah hari melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co.


Dalam permohonannya, bekas perdana menteri itu yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara sebagai responden.


Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, pada 12 Oktober ini.


Melalui notis permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon antaranya perintah untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya untuk mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan parlimennya. – BHM.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >