Najib: Bukan semua laporan di media sosial benar

BANDUNG: Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan golongan pelajar supaya tidak mudah percaya atau terpengaruh dengan laporan dalam media sosial kerana tidak semua kandungan yang disebarkan itu adalah benar.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata sebagai golongan terpelajar, mereka harus berfikiran rasional serta mencari maklumat yang benar dan tepat mengenai sesuatu isu.

"Bukan semua laporan dalam media sosial itu benar... ada yang palsu, ada yang fitnah dan ada yang separuh benar. Maka dalam dunia tanpa sempadan inilah (penyebaran maklumat dalam media sosial) yang paling mencabar, lapor Berita Harian Online hari ini.

"Jika dahulu kita bergantung kepada surat khabar... hari ini generasi baharu tidak lagi membaca surat khabar," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pelajar Malaysia di Indonesia, di sini, malam tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.