Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Najib dibebas dari tuduhan pinda laporan audit 1MDB

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia membebaskan dan melepaskan mantan perdana menteri Encik Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy, daripada tuduhan meminda laporan audit 1MDB pada Jumaat.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan selepas perbicaraan laporan audit itu bermula, membuat keputusan tersebut setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Encik Najib dan Encik Arul Kanda, sekali gus kededuanya tidak dikehendaki membela diri.



Encik Najib didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk mengarahkan agar laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) parlimen, manakala Encik Arul Kanda, didakwa bersubahat de-ngan Najib dalam membuat pindaan itu.



Kesalahan itu dikatakan dilakukan antara 22 dan 26 Februari 2016.



Encik Najib, 70 tahun, dan Encik Arul Kanda, 45 tahun, didakwa pada 12 Disember 2018 di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah rasuah atau RM10,000, bergantung mana lebih tinggi.



Hakim Mohamed Zaini berkata tiada bukti menunjukkan Encik Najib secara jelas mengarahkan pindaan yang dibuat dalam laporan audit itu dan tiada kaitan sebab akibat antara pindaan itu dan rasuah yang didakwa. Beliau berkata Encik Najib hanya bimbang laporan itu boleh diputar belit secara politik.



"Pada pendapat saya, perkara yang dikeluarkan atau dipinda daripada laporan audit terdahulu tidak akan mendedahkan atau menimbulkan sebarang liabiliti sivil atau jenayah ke atas Najib. Pindaan itu, seperti yang dinyatakan Ketua Audit Negara (AG) ketika itu, adalah wajar.



"Adalah jelas bahawa Peguam Negara tidak dipaksa untuk membuat perubahan itu kepada laporan audit terdahulu," kata beliau.



Beliau menambah bahawa pindaan itu dibuat di bawah keputusan dan persetujuan Peguam Negara berdasarkan maklumat lanjut dan dokumen daripada Encik Arul Kanda, sesuatu yang bukan di luar kebiasaan kerana pihak diaudit boleh menyertai perbincangan berkenaan laporan audit.



Hakim berkata Encik Arul Kanda jujur dan konsisten sepanjang memberi keterangan, dan keterangannya sejajar dengan dokumen yang dikemukakan dan keterangan saksi.



"Saya sedar beliau mungkin cuba meminimumkan peranannya (dalam kes itu) dan memperbesarkan sembarang kesalahan Najib, tetapi dia tidak melakukan itu.



"Pihak pendakwaan tidak pernah mencabar sembarang jawapan yang diberikannya yang memihak kepada Najib, dan tiada sembarang percubaan untuk menganggap dia sebagai saksi belot," kata Hakim Mohamed Zaini.



Keputusan itu bermakna mereka tidak boleh didakwa lagi bagi kesalahan yang sama. Belum jelas sama ada pihak pendakwaan akan merayu terhadap keputusan hakim itu.



Encik Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas sabitan rasuah melibatkan RM42 juta ($12.6 juta) wang bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, pada 2022. Beliau sedang memohon semakan kehakiman terhadap sabitan itu, yang ditetapkan untuk diputuskan sebelum akhir Mac.



Encik Najib juga sedang dibicarakan di peringkat pendakwaan di Mahkamah Tinggi bagi tuduhan rasuah melibatkan RM2.28 bilion wang 1MDB. Selain itu, beliau menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan RM6.6 bilion yang belum menjalani perbicaraan penuh. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >