Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib gelar Mahathir juara Pusingan-U

Jan 16, 2017 | 10:08 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad (15 Jan) menggelar bekas mentor dan bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, juara pusingan-U selepas beliau berkata pakatan pembangkang itu akan terus memberi wang tunai kepada golongan miskin negara itu jika dipilih ke tampuk kuasa.



Bulan lalu, mantan perdana menteri itu mengkritik program bantuan tunai - dikenali sebagai BR1M - sebagai "satu bentuk rasuah".



Tetapi pada perhimpunan pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berusia empat bulan itu pada Sabtu (14 Jan), beliau berjanji kepada 5,000 orang yang hadir bahawa bayaran BR1M boleh ditukar kepada bantuan berkanun.



Kenyataan beliau mengundang kritikan daripada Datuk Seri Najib.



"Kebelakangan ini, Tun Mahathir membuat terlalu banyak pusingan-U dari segi pendiriannya, jadi kita boleh anggap Tun Mahathir sebagai juara pusingan U kerana tindakan dan kenyataannya bercanggah antara satu sama lain," Datuk Seri Najib memberitahu pemberita di kawasan undinya di Pekan, Pahang.



BR1M diperkenalkan pada 2012 dalam bentuk habuan RM500 ($160) bagi membantu keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Pada tahun berikutnya, Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Najib menjanjikan dalam manifesto pilihan raya akan meningkatkan jumlah bantuan itu kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah menjelang 2018.



Dr Mahathir Pada Sabtu berjanji akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan Datu Seri Najib pada April 2015. Bagaimanapun, beliau berkata ia akan digantikan dengan cukai jualan "sesuai dengan kehendak rakyat" tanpa memberi memberi penjelasan.



Datuk Seri Najib mempertahankan langkah pentadbirannya memperkenalkan cukai 6 peratus, dengan menyatakan ia perlu dalam ekonomi global yang tidak menentu.



"Beliau (Mahathir) boleh bercakap tetapi sebenarnya kita, sebagai kerajaan, perlukan pendapatan. Jika kita menghapuskan GST, kita akan kehilangan RM40 bilion setiap tahun. Persoalannya ialah, apa hasil lain yang boleh menggantikannya," katanya, menurut agensi berita Bernama.



"Ini tidak disebut beliau, jadi ia semata-mata mahu mengelirukan rakyat dan bermain-main dengan sentimen tanpa berpegang kepada fakta," kata beliau.



Pada perhimpunan Sabtu (14 Jan), Dr Mahathir, 91 tahun, yang disifatkan sebagai pemerintah kuku besi semasa menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat, berkata negara itu boleh menjangkakan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan penguatkuasaan undang-undang bukan secara terpilih jika pembangkang mendapat kuasa.



Sementara itu, Presiden PPBM dan bekas Timbalan Datuk Seri Najib, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan baru akan memupuk pembaharuan institusi bagi meningkatkan integriti di kalangan kakitangan awam dan pemimpin kerajaan, dan membendung kuasa Perdana Menteri bagi meningkatkan pertanggungjawapan. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >