Najib gesa usah terlalu percaya laporan media sosial

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat "supaya tidak terlalu mempercayai" laporan dan bahan-bahan yang dibaca di media sosial.

Beliau berkata "terlalu banyak perkara mengarut di media sosial" dan orang ramai perlu mengabaikannya.

"Jangan dengar langsung. Tidak semuanya benar," kata Datuk Najib kepada jemaah di sebuah masjid di Taman Melati sebelum majlis berbuka puasa bersama penduduk di kawasan itu, semalam.

Merujuk kepada siasatan yang sedang dijalankan terhadap 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB), Datuk Najib berkata kebenaran pasti akan muncul akhirnya.

Katanya, mengenai dakwaan berbilion ringgit yang dikatakan lesap dalam 1MDB, orang ramai perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara untuk mengetahui kebenarannya.

Datuk Najib berkata beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Malah, beliau menegaskan laporan penuh Ketua Audit Negara akan menjawab segala dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan dana 1MDB.

Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel yang memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mendakwa dana AS$700 juta ($944 juta) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. - The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.