BESUT (Terengganu): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa beliau akan berusaha menegakkan kebenaran yang bakal dibuktikan kelak, sedang serangan terhadap kepimpinannya, yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terus memuncak dari dalam dan luar negara.
Beliau meminta rakyat Malaysia supaya usah bimbang mengenai pelbagai dakwaan tidak berasas yang dilemparkan itu dan mengulangi penegasannya bahawa beliau tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat terhadapnya.