Najib: Isu 'kangkung' tidak harus dipermainkan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya berhubung harga barang tidak patut dipermainkan.

Menurutnya, sayuran itu digunakan hanya sebagai contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (bekalan dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya, lapor mStar Online yang menukil agensi berita Bernama.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media, lapor The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Encik Mohd Johari Abu Bakar, berkata Pemuda Umno sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.