Najib janji jejak sindiket penyeludup manusia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian penemuan kubur besar di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Najib berkata, beliau memandang berat terhadap kejadian itu yang ada kaitan dengan sindiket penyeludupan manusia, lapor Harian Metro.

"Kita akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab," katanya menerusi catatan Twitter.

Baru-baru ini, empat kubur besar pendatang asing tanpa izin (PATI) dan rangka manusia dalam operasi khas di Padang Besar dan Wang Kelian ditmui oleh anggota pasukan komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA). - Harian Metro

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.