Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib jejaskan kedalautan negara: Mahathir

Nov 03, 2016 | 08:39 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjejaskan kedaulatan Malaysia dengan pemberian projek berjumlah berbilion dolar kepada China.



Persetujuan yang dimeterai di China minggu ini oleh Datuk Seri Najib boleh mengancam kemerdekaan Malaysia, termasuk tuntutan wilayah di Laut China Selatan, yang juga dituntut oleh China, laman berita Malaysiakini menukil Tun Dr Mahathir pada Rabu (2 Nov).



Beliau terutamanya prihatin mengenai pinjaman Malaysia sebanyak RM55 bilion ($18.2 bilion) daripada China untuk membina landasan kereta api menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kelantan.



"Kita sudah mempunyai hutang besar, kini kita akan berhutang sejumlah wang besar daripada satu sumber," katanya.



"Dulu kita bebas... untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana negara. Kita tidak terikat dengan perjanjian dengan mana-mana blok. Kebebasan ini juga akan terjejas jika kita berhutang wang sebesar itu pada sembarang satu negara," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan ahli majlis tertinggi parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebagai platform untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.



"Kelihatan seolah-olah kita mengubah pendekatan kita terhadap Laut China Selatan, kita sanggup melepaskan tuntutan kita," ujar Tun Dr Mahathir.



Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa bendera Malaysia di kawasan yang dipertikai telah dikeluarkan. "Ini mengkompromikan hak kita hanya kerana kita memerlukan bantuan dari sebuah negara asing," kata mantan timbalan perdana menteri itu.



Sementara itu, pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Fahmi Fadzil, bertanya mengapa tidak ada bantahan daripada Umno apabila aset loji kuasa strategik dijual kepada sebuah syarikat China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >