Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib letak jawatan sebagai presiden Umno, pengerusi BN

May 12, 2018 | 03:15 PM



KUALA LUMPUR: MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta.



Bercakap di sidang media Umno di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi (12 Mei), Datuk Seri Najib berkata:



“Memandangkan Umno dan BN telah mengalami kekalahan yang amat berat, maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN serta-merta.



"Ini adalah kerana mengikut prinsip, sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti dan parti itu gagal dalam pilihan raya, maka tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya.



"Dengan hati yang terbuka, saya menerima prinsip tersebut dan sebab itulah saya mengumumkan keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut. Ini sesuatu yang memang perlu dan patut saya lakukan atas prinsip tanggungjawab moral."



Menurut Datuk Seri Najib, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan menjalankan tugas sebagai presiden parti buat masa ini.



Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan mantan Menteri Pertahanan Malaysia akan menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN.



"Saya menyarankan kepada semua ahli Umno supaya memberi sokongan yang padu, kerjasama yang erat serta keyakinan dan kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan baru ini supaya kita dapat menghadapi segala cabaran masa kini yang serius di samping mengambil langkah yang positif untuk menentukan bahawa kita dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno dan BN.



"Dengan ini, Umno dan BN boleh muncul kembali sebagai parti yang mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat," kata Datuk Seri Najib.



Beliau turut memberi jaminan tidak akan meninggalkan Umno dan akan terus menyokong parti itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >