KUALA LUMPUR: Setelah berjaya "menutup mulut" pengkritiknya dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 yang baru lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar), kini mengalihkan perhatian kepada usaha memikat majoriti pengundi Melayu.
Setelah berbulan-bulan dibelenggu krisis 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion ($0.86 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, Datuk Najib telah berjaya menangkis ancaman kepada kepimpinannya, dengan memperolehi sokongan daripada ketua-ketua bahagian dalam Umno.