Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Mantan perdana menteri, Encik Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak beberapa hari lalu dipercayai selepas mengalami jangkitan pada paru-paru.



Menurut laporan MalaysiaGazette pada Selasa, mantan ahli parlimen Pekan di Pahang itu pada mulanya dimasukkan ke hospital selepas menghidap influenza.



"Yang tahu hanya keluarga terdekat namun saya tidak pasti bagaimana media boleh tahu tentang perkara ini. Kita harap semoga semuanya dipermudahkan untuk Datuk Seri," katanya.



Sumber berkenaan turut memaklumkan Encik Najib menjalani prosedur rawatan di HKL sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah Akta Penjara 2000.



Selain itu, sumber juga enggan mendedahkan dengan lebih terperinci tentang perkara itu namun difahamkan Encik Najib kini sudah kembali ke penjara selepas menjalani rawatan susulan.



Pada September 2022, bekas presiden Umno berusia 69 tahun itu menjalani rawatan di HKL kerana mengalami pendarahan usus.



Ini kerana Penjara Kajang tidak mempunyai kemudahan untuk menampung keperluan perubatannya.



Encik Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ($62.77 juta) yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Permohonan Encik Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes SRC International itu akan diputuskan 31 Mac ini.



Permohonannya itu akan diputuskan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.



Encik Najib mahukan mahkamah tertinggi negara supaya menyemak keputusan panel lima hakim pada 23 Ogos tahun lalu, dengan memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan beliau dilepas serta dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >