Najib: MOU kereta api laju KL-S'pura akan dimeterai Julai

LONDON: Satu memorandum persefahaman (MOU) bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Singapura dan Malaysia dijangka ditandatangani pada Julai, dedah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami menjangka menandatangani MOU dengan Singapura pada Julai. Itulah sasarannya," kata beliau dalam satu sesi sarapan privet Bursa Malaysia bersama pengurus dana di Marlborough House, London pada Isnin (16 Mei).

Dalam ucapan pembukaan beliau kepada kira-kira 30 pengurus dana terkemuka Britain, Datuk Seri Najib berkata projek itu akan mengurangkan masa perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur kira-kira 90 minit, lapor agensi berita Bernama.

Projek itu "menimbulkan banyak keghairahan di seluruh dunia", katanya.

Beliau menyebut projek itu sebagai salah satu daripada banyak projek yang sedang dilaksana di Malaysia bagi meningkatkan infrastruktur dan ekonomi negara.

Memetik para diplomat, akhbar New Straits Times melaporkan majlis menandatangani dokumen itu dijangka disaksikan Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Kuala Lumpur.

MOU itu akan membuka jalan bagi rundingan terperinci mengenai perjanjian utama berhubung perancangan, pembangunan dan pelaksanaan serta operasi HSR itu.

Laluan sepanjang 350km itu ialah antara Bandar Malaysia dan Jurong East di Singapura, lapor Bernama.

Pembinaan HSR dijadualkan bermula tahun depan dan siap pada 2022.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.