Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib muat naik status Facebook rujuk kes Muhyiddin

Mar 12, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: 'Kita tengok pula jika dia dikerumun lepas ini'.



Itulah tulisan status di Facebook bekas perdana menteri Malaysia, Encik Najib Razak, pada Sabtu - dipercayai dimuat naik oleh pentadbir akaunnya - mungkin merujuk kepada seorang lagi bekas perdana menteri, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berhadapan pertuduhan di mahkamah pada Jumaat.



Tan Sri Muhyiddin pada Jumaat berhadapan enam pertuduhan membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta ($69.24 juta) dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.



Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin, atau nama sebenarnya, Mahiaddin Md Yasin, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.



Tan Sri Muhyiddin dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dan dijangka berhadapan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin ini.



Kiriman di Facebook Encik Najib turut disertakan dengan tangkap layar tajuk berita lama, "Orang kerumun Najib sebab nak tengok 'perompak lebih dekat, kata Muhyiddin".



Setakat berita ini ditulis, kiriman itu sudah mendapat 16,000 teraan, 2,600 komen dan 389 perkongsian.



Encik Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu mengekalkan sabitan salah terhadapnya berhubung penyelewengan dana SRC International Bhd.



Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Encik Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.



Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman dikenakan tidak keterlaluan.



"Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.



"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)," kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >