Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib mula proses perundangan terhadap WSJ

Jul 08, 2015 | 04:50 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah memulakan proses perundangan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang disiarkan pada 3 Julai lalu yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.


Firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti fakta kes sebelum meneruskan tindakan selanjutnya terhadap pihak-pihak yang menulis, mengedar dan mencetak artikel terbabit.


"Melihat secara teliti kepada kandungan artikel terbabit, kami memutuskan bahasa yang digunakan secara sengaja atau tidak telah membuat rujukan beberapa fakta dan pihak-pihak terbabit telah dirujuk secara kurang jelas," katanya di dalam satu surat.


Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat 1MDB oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Najib pada 2013.


Datuk Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >