MILAN (Italy): Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin Israel di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Encik Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.