Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: Pengundi Sarawak perlu buat pilihan bijak, undi BN

Apr 29, 2016 | 03:29 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengingatkan supaya pengundi Sarawak membuat pilihan bijak apabila turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), pada 7 Mei ini.



Menurutnya, masa depan negeri itu bergantung kepada pilihan yang bakal dibuat pengundi Sarawak pada hari berkenaan.



"Janganlah gadaikannya dengan janji kosong dan sandiwara pembangkang.



"Pilihlah Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod cemerlang melaksanakan segala janjinya untuk rakyat," kata beliau dalam catatan terbaru di Facebook rasminya hari ini.



Datuk Seri Najib kini berada di Sarawak, menjelajah untuk berkempen bersama-sama calon Barisan Nasional (BN).



Beliau semalam menarik perhatian bahawa pertembungan sesama calon pembangkang khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRN-11 ini membuktikan mereka tiada persefahaman dan tidak mampu membentuk kerajaan yang stabil.



Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakyat Sarawak tidak perlu berfikir panjang untuk menolak pembangkang dan memilih calon BN kerana sudah terbukti wakil rakyat BN membawa banyak perubahan di Bumi Kenyalang.



"Pada Januari lalu, pemimpin DAP, PKR dan PAN (Parti Amanah Negara) menandatangani perjanjian bahawa mereka hanya meletak satu calon di setiap kawasan. Namun, hari ini ia hanya tinggal janji sebab pembangkang tak bersatu hati.



"Mereka bertembung di enam kerusi... mana aku janji mereka. Maka kalau mereka tiada persefahaman dan kesatuan, mereka tak ada kerjasama, takkan mereka boleh tubuh kerajaan stabil untuk Sarawak.



"Jadi tak payahlah kita fikir panjang. Kita nak wakil rakyat BN kerana ia bawa banyak perubahan di Bumi Kenyalang ini," katanya berucap pada program sembang santai bersama penduduk Siburan di Dewan Masyarakat Siburan, dekat sini, pagi ini.



Ketibaan Najib pada kira-kira jam 9.15 pagi tadi disambut calon Barisan Nasional (BN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil bersama kira-kira 1,000 penduduk pekan kecil Siburan.



Kawasan undi Mambong adalah antara enam kerusi yang menyaksikan pertembungan di antara calon DAP dan PKR pada PRN-11 ini, selain Batu Kitang, Murum, Mulu, Simanggang dan Ngemah.



Datuk Seri Najib berkata, sebagai seorang doktor, Dr Jerip yang mewakili BN di Mambong sudah terbukti mampu berkhidmat untuk rakyat dan seorang yang boleh menentukan pembangunan dan kesejahteraan di kawasan Mambong. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >