Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: RM tidak akan ditambat pada AS$

Aug 20, 2015 | 03:16 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada Khamis (20 Ogos) beliau tidak akan menambat ringgit pada dolar Amerika Sayrikat atau melaksana kawalan modal, sedang beliau cuba menenangkan kebimbangan mengenai kejatuhan RM dan pemindahan keluar modal dari Malaysia.


Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan.


Ringgit, mata wang Asia yang jatuh paling teruk tahun ini, lebih 17 peratus berbanding dolar AS, stabil pada Khamis selepas kenyataan Datuk Seri Najib itu dan menyusuli kenaikan yuan China.


Ia diniagakan pada kadar 4.1090 bagi sedolar AS, terendah dalam 17 tahun, dan 2.9305 bagi sedolar Singapura, paling rendah dalam sejarah, pada 1.50 petang Khamis.


Secara berasingan, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata rizab tukaran asing negara itu telah jatuh tetapi ia bukan sesuatu yang menimbulkan kebimbangan.


Rizab antarabangsa Malaysia jatuh ke bawah paras AS$100 bilion ($140 bilion) pada 31 Julai, meningkatkan keraguan tentang kebolehan negara itu mempertahan mata wangnya.


Dr Zeti juga menyokong kenyataan Datuk Seri Najib bahawa RM tidak akan ditambat pada dolar Amerika. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >