Najib: Saya tidak berasa keseorangan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh topik "keseorangan" semasa berucap pada Invest Malaysia 2015 hari ini.

Tanpa menyebut sesiapa, Datuk Najib berkata dalam menyatakan kebenaran, "sesetengah pihak" berkata ia boleh membawa kepada keseorangan.

"Terdapat cakap-cakap sejak akhir-akhir ini di Malaysia tentang bagaimana berkata benar boleh menyebabkan keseorangan.

"Saya boleh beritahu anda bahawa saya tidak berasa keseorangan berdiri di sini di hadapan anda hari ini," katanya kepada peserta di majlis yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini.

"Dan apabila begitu banyak badan-badan antarabangsa, individu dan institusi yang dihormati telah mengesahkan kepercayaan mereka terhadap kejayaan Malaysia dan telah memberi penghormatan kepada kita dengan memberi penarafan yang sangat tinggi - saya langsung tidak merasa bersendirian sebaliknya saya berasa ditemani dengan begitu baik," tambahnya.

Topik keseorangan pertama kali dibangkitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya yang meminta Datuk Najib meletak jawatan atas pelbagai isu termasuk kontroversi 1Malaysia Development Berhad. - The Star

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.