Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib selesai beri keterangan kepada SPRM

May 24, 2018 | 05:45 PM



PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir 5 petang tadi (24 Mei), selepas menghabiskan sekitar enam jam dalam bangunan itu memberi keterangan buat kali kedua minggu ini.



Datuk Seri Najib sedang membantu dengan siasatan berhubung kes SRC International.



Beliau didakwa menerima RM42 juta ($14.2 juta) dalam akaun peribadinya yang didakwa daripada SRC, menurut akhbar The Straits Times.



Apabila Datuk Seri Najib akhirnya keluar dari bangunan SPRM itu, beliau memberitahu media bahawa beliau telah memberi keterangan sebaik mungkin.



“Ini mengambil masa dari 10 pagi hingga 4.30 petang. Saya diberi masa untuk solat dan berehat selama 40 minit,” katanya sambil menambah sesi mengambil keterangan itu dijalankan dengan professional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >