Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib setuju diambil keterangan isu terima wang

Nov 12, 2015 | 05:02 PM



JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju untuk ditemubual dan diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion ($845 juta) yang diterima beliau.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk menemu bual Perdana Menteri bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan siasatan.


"Kita telah menghubungi pejabat Perdana Menteri mengenai perkara itu dan dimaklumkan Perdana Menteri bersetuju pada prinsipnya untuk ditemu bual dan diambil keterangan," katanya kepada pemberita dan ditukil Utusan Online, selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Dataran Kawad Kompleks SPRM Johor, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, seperti disiarkan dalam sebuah portal berita SPRM mempunyai tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri mengenai wang RM2.6 bilion yang diterima beliau.


Tan Sri Mohamed Apandi juga berkata, beliau sudah mengarahkan SPRM untuk melengkapkan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International dan derma RM2.6 bilion sebelum akhir tahun ini.


Dalam pada itu, Datuk Seri Najib dalam kenyataan yang dimuatnaikkan ke laman Facebook beliau menyatakan "untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini".


Kata perdana menteri ke-6 Malaysia itu: "Peguam Negara YBhg Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6b.


"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut. Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini memandangkan ianya telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >