Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Najib sifat dasar pembangkang sebagai 'Pak Pandir'

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



BATU PAHAT: Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tawaran dalam manifesto pembangkang untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai dasar ekonomi 'Pak Pandir' yang bakal membawa kesan buruk kepada negara.



Beliau menegaskan bahawa tawaran gabungan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat, tidak seperti manifesto Barisan Nasional (BN) yang mendapat penarafan oleh badan dunia, iaitu Bank Dunia, JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) .



Malah, kata beliau, manifesto pembangkang tidak disebut kerana dipercayai tiada nilai.



"Mengapa saya kata begitu kerana mereka nak mansuhkan tol, GST dan PTPTN, itu semua akan menyebabkan hutang negara bertambah dan melebihi RM1 trilion ($337.1 bilion) daripada hutang sekarang ini mengikut kajian Kementerian Kewangan.



"Kesannya nanti bursa saham akan jatuh, nilai mata wang akan terjejas, rakyat dan amanah saham juga akan terjejas," katanya semasa merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat, Johor, kelmarin.



Datuk Seri Najib berkata buat masa ini, Bursa Malaysia dalam keadaan semakin kukuh dan stabil selain peningkatan pasaran modal kerana pengurusan ekonomi negara oleh kerajaan BN yang berhemah, bertanggungjawab, pragmatik dan berpandangan ke hadapan.



Beliau menegaskan bahawa ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan politik semata-mata untuk meraih undi dan bersifat populis, sebaliknya jika ingin meraih sokongan rakyat mesti berada dalam ruang lingkup prinsip yang bertanggungjawab.



"Dua malam lalu ada orang kata hapuskan GST. Saya nak tanya, kalau nak dihapuskan GST sekalipun apa jaminan harga barang akan turun sebab harga barangan bukan di bawah kawalan kerajaan.



"Dia kata tiada jaminan harga akan turun, sebaliknya nak diperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pula, ia akan tambah harga sedia ada menjadi dua kali ganda, inilah dia polisi 'Pak Pandir' pembangkang," ujar beliau. - Utusan ONLINE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >