KUALA LUMPUR: Umno tidak terbabit dalam penajaan satu perhimpunan yang dirancang di ibu negara pada 16 September ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata pendirian parti adalah jelas - setiap anggota perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan ketenteraman serta keamanan negara perlu terus dipelihara.