Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nak pinjam duit? Bagi gambar bogel dulu...

Jun 15, 2016 | 11:02 AM



GUANGZHOU: Semakin ramai pelajar universiti China menjadi sasaran tailong yang menuntut gambar bogel sebagai cagaran, menurut satu laporan dalam akhbar Southern Metropolis Daily, yang berpangkalan di Guangzhou.



"Gambar bogel itu akan didedahkan kepada umum jika peminjam gagal membayar balik hutang mereka berserta faedah," orang dalam dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.



Sesetengah pelajar yang gagal membayar balik hutang mereka dalam tempohnya meminta bantuan polis, diiringi oleh ibu bapa mereka, selepas diancam dengan keganasan seksual atau gambar bogel mereka disiarkan dalam talian, kata akhbar itu.



Seorang pelajar universiti, yang disebut hanya sebagai Li Li bagi melindungi identitinya, berkata tailong meminta pelajar memberi salinan kad pengenalan, kad pelajar serta data keluarga, dan gambar bogel mereka, sebelum mereka diberi pinjaman.



"Ramai pelajar meminjam wang daripada kumpulan tailong dengan meninggalkan gambar bogel mereka kepada tailong itu," kata Cik Li.



"Kadar faedah biasanya mencapai lebih 30 peratus setahun, dan pelajar boleh meminjam daripada beberapa ratus hingga ribuan yuan, bergantung pada bahan dan data yang mereka tawarkan."



Jumlah pinjaman sering bergantung pada tahap pendidikan peminjam, katanya.



Cik Li meminjam wang daripada kumpulan tailong untuk memulakan perniagaan pada Februari dan berkata sejak itu beliau diancam supaya membayar balik hutang itu atau gambar bogelnya akan disiarkan.



Encik Zhang XinNian, seorang peguam dari Beijing, berkata menyiarkan gambar bogel orang lain merupakan pelanggaran serius privasi peribadi mereka.



Beliau menggesa mangsa supaya cara aktif mendapatkana bantuan polis atau pergi ke mahkamah untuk melindungi kepentingan undang-undang mereka.



Polis tempatan tidak mengulas mengenai kes-kes itu pada Selasa. - China Daily/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >