Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Nasi lemak hidangan terakhir tiga pemuda maut dalam nahas motosikal di Terengganu

Oct 06, 2023 | 05:09 PM



DUNGUN: Nasi lemak menjadi hidangan terakhir sekumpulan pemuda, sebelum tiga daripada mereka maut, manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan enam motosikal di Kilometer 333.1, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), arah Kuantan dekat susur keluar Paka di sini, tengah malam Khamis.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah malam itu, mereka yang terbunuh terdiri daripada Muhammad Fitri Hanif Rohami, 18 tahun; Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20 tahun, dan Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 17 tahun.

Masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan, lapor BH Online Malaysia.

Ketika kejadian, Muhammad Fitri Hanif dan Ahmad Osama Ramadhan masing-masing menunggang motosikal jenis RXZ, sementara Muhammad Shah Run Nizam menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

Tiga lagi penunggang motosikal yang cedera ialah Muhammad Afiq Kamal, 19 tahun, cedera parah pada bahagian kaki kanan; Muhammad Firzani Hilman Ariffadhillah, 20 tahun, cedera di bahagian belakang, kaki dan tangan manakala Muhammad Haziq Haikal Ismail, 17 tahun, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Firzani dari arah Paka ke Kemaman dilanggar sebuah motosikal di bahagian belakang menyebabkan jentera pemuda itu terbalik di atas lebuh raya.

Beliau berkata, berikutan kemalangan itu sekumpulan pemuda bermotosikal yang datang dari arah belakang, dipercayai cuba mengelak nahas berkenaan sebelum mereka berlanggar di antara satu sama lain.

“Berikutan itu, tiga daripada motosikal yang ditunggang mangsa merempuh pembahagi lebuh raya yang menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak di atas jalan.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki,” katanya.

Katanya, ketika kejadian kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah di Kemaman selepas keluar menikmati nasi lemak di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Paka.

“Kesemua mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dan cedera dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikuti Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >