Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasib Al-Baghdadi tidak diketahui lepas tentera Iraq serang mesyuarat ISIS

Feb 15, 2017 | 10:42 AM



BAGHDAD: Tentera udara Iraq telah menyasarkan satu serangan ke atas sebuah mesyuarat Negara Islam di Iraq dan komander Syria (ISIS) yang mungkin dihadiri pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakr Al-Baghdadi, Sabtu (11 Feb) lalu, menurut satu kenyataan.



Namun, tidak jelas dalam kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pemerintah Operasi Bersama pada Isnin (13 Feb), apakah pengganas paling diburu di dunia itu terkena serangan tersebut.



Pemerintah Operasi Bersama sedang menyelaraskan usaha memerangi kumpulan militan di Iraq.



Satu sel perisikan memantau sebuah konvoi yang menurut kenyataan itu membawa Baghdadi dari Raqqa, kubu kuat utama ISIS di Syria, merentasi sempadan ke Al-Qaim di barat Iraq.



Menurut kenyataan itu, jet F-16 Iraq lalu menyerang mesyuarat komander bahagian ISIS itu, tetapi tiada memberi maklumat tambahan mengenai nasib Baghdadi.



"Serangan langsung ke atas lokasi mesyuarat itu membawa kepada kematian 13 komander Daesh (ISIS)," kata kenyataan itu, yang memberi satu senarai nama.



Nama Baghdadi, yang berasal dari Iraq dan mengisytiharkan dirinya "khalifah" pada Jun 2014, tidak termasuk dalam senarai itu.



Tentera Iraq telah melaporkan Baghdadi terbunuh atau cedera beberapa kali sejak ia melancarkan serangan balas bagi merampas semula kawasan ditakluki ISIS hampir tiga tahun lalu.



Ia berkata berpuluh-puluh militan lain ISIS terbunuh dalam serangan lain di kawasan itu, sebagai sebahagian daripada operasinya minggu lalu.



Keadaan kesihatan Baghdadi tidak diketahui, tetapi Pentagon berkata enam minggu lalu dia masih hidup dan memimpin ISIS dalam usaha kumpulan itu cuba mempertahankan sisa-sisa "khalifah" yang telah runtuh.



Dalam kenyataannya, tentera Iraq mendakwa Baghdadi pergi ke kawasan sempadan untuk membincangkan "kekangan yang sedang dihadapi di Mosul", bandar kedua terbesar Iraq dan terbesar yang dikuasai ISIS. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >