Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasib Muhyiddin, Shafie dalam Umno bergantung pada keputusan Najib

Dec 09, 2015 | 02:45 PM



KUALA LUMPUR: Nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dalam Umno akan bergantung pada keputusan president parti, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid, berkata sebarang keputusan yang diambil Perdana Menteri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mengenai nasib dua individu itu adalah atas nasihat daripada Majlis Agung dan pandangan akar umbi.


"Ia bergantung kepada presiden untuk membuat keputusan. Bukan kita tidak mahu tindakan diambil secara mendadak, namun apa jua keputusan, biarkan ia memastikan tali yang menyatukan Umno bersama tidak terputus," kata Dr Ahmad Zahid kepada wartawan setelah menghadiri pembukaan perhimpunan Belia, Wanita dan Puteri, tadi.


Dr Ahmad Zahid tidak mengesahkan bahawa mesyuarat Majlis Agung malam ini akan menentukan masa depan Encik Muhyiddin, timbalan presiden parti itu, dan Encik Shafie, yang merupakan naib presiden.


Beliau berkata dua topik dalam agenda mesyuarat khas malam ini adalah tentang persiapan Perhimpunan Agung Umno yang bermula esok dan ucapan yang akan disampaikan.


Mengenai ketiadaan Encik Muhyiddin di taklimat tertutup bagi delegasi yang diberi oleh Datuk Seri Najib malam semalam, Dr Ahmad Zahid berkata mereka menerima maklumat bahawa Encik Muhyiddin sebenarnya berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana mesyuarat diadakan.


"Kami diberitahu beliau telah sampai ke PWTC tetapi tidak memasuki Dewan Merdeka untuk taklimat," kata beliau. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >